Artikel Menarik

11 August 2012

Perihal Puasa

Walaupun kebanyakan dari kita sudah diajar sejak kecil tentang puasa, masih ada lagi yang masih belum faham ataupun buat-buat tidak faham mengenai puasa. Mari kita selongkar sedikit perihal puasa ini...

1) Mesti kena niat berpuasa sebelum siang. Bukannya sudah petang-petang baru hendak pasang niat berpuasa padahal sebelum itu anda makan macam tidak ada jadi apa-apa.

2) Bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja. Mata, kaki, tangan semua kena tahan jugak. Tahan daripada buat maksiat.

3) Puasa itu puasa juga tetapi kalau tidak solat apa gunanya. Haaa... kan!

4) Tunggu sampai waktu berbuka, baru boleh beruka. Jaangan panda-pandai ikut waktu berbuka sabah dan Sarawak sedangkan anda duduk dekat negeri Utara.

5) Berbuka dengan ala kadar sahaja. Sekadar mengalas perut pun sudah cukup. Bukannya berbuka dengan satu lori air sirap dan empat tan metrik karipap.

Jadi pastikan anda tahu tentang berpuasa dahulu sebelum anda berpuasa takut lain pula jadinya kerana kemungkinan anda tidak niat untuk berpuasa dan anda berpuasa dan itu bukannya berpuasa dan juga pada bulan puasa ini anda melakukan perkara yang dilarang pada bulan ramadhan ini. Dan akan sudah batal puasa...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment