Artikel Menarik

01 December 2012

Dugaan Seorang Guru

Semua orang pernah berguru, tidak kiralah dengan guru bertauliah ke, sandaran ke ataupun guru silat sekalipun. Sebagai murid, tidak banyak yang kita tahu tentang dugaan menjadi seorang guru ini melainkan apabila kita sendiri menjadi seorang guru suatu hari nanti, jadi anda diminta tolong respek dan hormat sikit dengan guru anda itu.

1) Kena bangun seawal yang boleh dan sampai awal ke sekolah semata-mata sebab hendak menunjukkan nilai moral pada anak murid.

2) Berhadapan dengan lebih dua atau tiga puluh pelajar yang bukan semuanya mendengar cakap. Macam-macam perangai ada.

3) Bersengkang mata memeriksa hasil kertas sekolah untuk ditandatangani. Kadang-kadang bawak sampai ke pagi esok.

4) Terpaksa meredah hutan banat dan sungai besar untuk mengajar sekiranya ditugaskan mengajar di pendalaman.

5) Terpaksa menjadi bijak melayani surat cinta dari pelajar yang terlebih nakal. Tambah-tambah lagi apabila guru yang mengajar itu cantik atau hensem dan macho.

Bermacam dugaan menjadi seorang cikgu ataupun guru ini dan tidak semua boleh hadapinya dengan tabah walaupun sekarang ini dia bekerja dengan guru. Adakah semua dilahirkan menjadi seorang guru? Atau sebaliknya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments: