Artikel Menarik

21 July 2013

Bekerja Di Kilang

Setelah menamatkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal aku ini di Politeknik Seberang Perai dan juga telah menyertai beberapa kursus anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia selepas tamat Diploma aku ini pada bulan Mei iaitu bulan 5. Aku sekerang telah mendapat kerja di sebuah kilang.

Kilang itu bernama GUH Circuit Industry (PG) Sdn. Bhd. dan telah memegang jawatan sebagai Assistant Engineer iaitu Penolog Jurutera dan ditugaskan di bahagian Process Quality Assurance iaitu kalau di ubah di dalan Bahasa Malaysia berbunyi, Jaminan Kualiti Proses. Kemungkina macam itulah bunyinya, kalau tersilap minta maaf yer sebab aku kurang arif sikit bahasa inggeris ini.

Aku telah kerja selama seminggu di kilang ini dan kilang ini mengeluarkan PCB untuk Sharp, Sony dan lain-lain lagi. Mungkin korang tak tahu apakah itu PCB kan? mungkin kepada sesetengah pembaca blog ini tidak tahu. Anda biasa perasaan di dalam peralatan elektronik terdapat macam board/papan kaler hijau dan terdapat litar atasnya? itulah PCB.

Tugas aku ini tidaklah terlalu mencabar dan terlalu senang tetapi renyah kerana setiap proses perlu aku meneliti dan mengetahui dan aku kena pergi ke setiap department dan random checking/semak.secara rawak mesin serta barang yang digunakan dan dihasilkan.

Semoga kerja aku ini mendapat restu sambil aku bekerja dan sambil aku menimba ilmu dan aku harapkan sangat, nanti aku akan dapat.kerja yang lagi terbaik ataupun menyambug pelajaran kelak kerana capaian aku di dalam hidup kena ada ijazah. Baru aku rasa aku boleh pergi lebih jauh..Insyaallah dengan segala berkat dan bantuan daripadaNya.. Amin


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment:

  1. wah.. best nyer dah habis study.. dah tak yah nak pening2 kepala

    ReplyDelete