Artikel Menarik

26 September 2013

Cuba Ceburi Bisnes Online

Sekarang ini aku sedang mencuba untuk menceburi bisnes di dalam dunia maya / online ini tetapi aku agak kurang yakin terhadap diri sendiri bahawa aku mampu melakukan bisnes online ini secara sempurna.

Hal ini kerana aku masih mencar-cari, adakah produk yang aku ingin jual? ataupun melakukan bisnes affiliate? dropship? borong? dan lain-lain lagi menyenakkan otak fikiran aku ini.

Aku rasa aku perlukan seorang sifu yang mampu ajar aku di dalam bisnes online ini sehingga berjaya dan benda ini aku bukannya hendak lakukan sebagai sepenuh masa dan kalau boleh separuh masa. Tidak salah juga kalau menjadi keuntungan yang mampu aku jana sepenuh masa. Aku akan lakukan tanpa ragu-ragu.

Sekarang ini aku masuk ke dalam website WangCyber.Com untuk mencari-cari informasi serba sedikit tentang untuk melakukan bisnes online ini.

Jadi apakah pendapat anda jikalau para otai yang sedang giat melakukan bisnes online membaca post aku ini...

#adakah post aku ini dibaca oleh orang sehebat itu? HUHU!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment