Ada apa dengan Diploma? Aku merasakan tiada apa untuk pilihan TUDM dari segi tangga gaji mahupun pangkat ini dan tidak tahulah jikalau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ataupun Tentera Darat Malaysia (TDM). Sebab itu mengikut peredaran semasa yang dimana makin lama makin menitik beratkan pelajaran. Jadi belajar bersungguh-sungguh yer kengkawan semua.
Berbalik kepada cerita Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM yang aku sertai pagi tadi, pastikan anda hadir awal ke tempat pemilihan seawal yang mungkin dari tarikh pendaftaran. Contohnya tarikh pendaftaran pada pukul 8.30-9.30 a.m dan anda perlu ada setengah jam awal untuk mengelakkan daripada sebarang kelewatan dan kelambatan mengisi borang.
Selepas mengisi borang semua, pastikan anda mempunyai salinan yang lengkap yang diminta daripada papan Iklan dan untuk maklumat lebih tepat sila layari Website Rasmi TUDM.
Sebelum itu anda pastikan keputusan SPM anda mengikut kemahuan kepujian dan kelulusan bagi subjeks tertentu dan selalunya yang diinginkan ialah Bahasa Malaysia, Matematik dan satu subjek Sains (Fizik, Kimia, Sains Kegunaan dan lain-lain) dan pastikan Bahasa Inggeris anda lulu yer. Jikalau tidak ada semua itu jangan datang, nanti anda rugi dan habiskan masa serta jangan lupa ambil Paper July balik untuk masuk pada sesi hadapan.
Syarat kelayakan macam biasa iaitu anggota TUDM akan lakukan semakan pada Berat, Tinggi, Body Mass Index (BMI), Dada, Rabun dan Pengecaman Warna dan paling penting anda cukup semua asas dan sihat sejahtera tanpa sebarang masalah yang dapat menimbulkan masalah.
Satu lagi, di dalam badan uniform ini, Tentera ataupun badan uniform lagi menitik berat pasal ruang di bawah tapak kaki anda. Pastikan tapak kaki anda tidaklah rata. Cuba lihat pastikan ada ruang di tengah ruang kaki belah dalam. Kalau ada ruang sedikit pun cukup baiklah tuh.
Selepas semua Ujian Fizikal selesai anda akan di bawa ke Ujian Jasmani. Banyakkah? Tidaklah banyak sangat iaitu hanya Lompat Setempat sebanyak 5 minit (kemungkinan lebih) dan Tekan Tubu/Pumping hanya 20 (kemungkinan lebih) mengikut pada Jurulatih Jasmani anda itu. Nampak senang bukan? Jikalau anda tiada fitness dan kekuatan begitu susah sekali kerana ada orang menyerah diri kerana terlampau tidak larat walaupun semuanya lepas dan akhirnya kantoi di Ujian Jasmani.
Jadi untuk pergi ke Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM pastikan anda memberikan fitness dan kekuatan pada diri anda dulu seperti berjogging dan lain-lain lagi.
Eh, aku sudah lari topik kepada tips untuk menghadiri ke Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM pula tetapi tidak mengata kerana tips yang aku bagi ni sebab aku biasa ada pengalaman dan Alhamdullilah aku berjaya lepas Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM dan aku menunggu surat daripada pihak TUDM bagi pemilihan awal pada hujung tahun 2013 ini untuk siri 50/14.
Kepada yang begitu teruja dan begitu minat untuk menyertai TUDM. Sila tunggu iklan daripada pihak TUDM di dalam website dan juga media cetak. Semoga anda berjaya nanti yer!
matematik klau x kredit boleh dapat ke ?
ReplyDeletetak boleh.. kena ada kredit jugak.. kalau tak kredit cuba ambik paper july dan bagi kredit untuk matematik dan pergi bila ada pengambilan..
Deletepkai diploma bole x bro?
DeleteHg dah lepas ka once lani pemilihan akhir?
ReplyDeletekalu rezeki dah ditakdirkn ke situ kesitu jua tempatnya..kita hanya merancang tuhan jua yg lebih mengetahui.
ReplyDelete