Artikel Menarik

27 September 2013

Harga Minyak Naik 10Sen dan 15Sen


INFO TIDAK RASMI
27 September 2013
Kabinet Kerajaan Malaysia telah meluluskan lagi kenaikan RON95 10 sen & RON97 15 sen. Pada jam 4.00 ptg tadi, mesyuarat peringkat Kementerian KPDNHEP telah membuat penyelarasan untuk pengumuman lewat malam ini

Kecoh di dalam Facebook mengatakan minyak naik lagi dan ianya betul atau tidak aku tidak pasti kerana terdengar ura-ura sahaja mengatakan minyak naik lagi.

Kalau harga minyak naik lagi nampaknya kenalah berjimat sedikit daripada menaiki kenderaan kereta berseorangkan untuk pergi ke tempat dekat dan jikalau jauh ataupun hujan rasanya tidak mengapa.

Selain daripada itu, dengar kata untuk mengukuhkan ekonomi negara daripada minyak naik dan aku pun tidak berapa pasti tentang itu dan hanya tunggu sahaja.

Semoga gaji juga akan naik kerana itu lebih penting. Jikalau minyak naik tentu  barang akan naik. Kalau boleh semua naik kan bagus terutamanya gaji. HUHU!

#aku jarang tengok berita tetapi membaca suratkhabar

UPDATE TERKINI :
Tiada kenaikan harga RON95 tengah malam ini pada 27 September 2013 yang dipaparkan di Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.
"Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 September lalu.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut menafikan khabar angin itu.
Katanya, khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment