Artikel Menarik

15 September 2013

Ingin Jadi Pemancing?

Kalau anda rasa anda bertukar hobi dari mengira bintang di langit kepada yang lebih nampak gah di mata masyarakat iaitu memancing. Sila ikuti beberapa tip bagaimana ingin menjadi pemancing.

1) Pastikan anda menggunakan umpan ketika memancing kerana ikan tidak akan datang jikalau anda memanggilnya seperti kucing.

2) Perlu tahu serba sedikit tentang umpan yang sesuai, jangan sesekali menggunakan umpan perempuan atau umpan duit pada ikan.

3) Tempat dan lubuk yang sesuai juga membantu anda memperoleh hasil yang menarik tetapi jangan pula anda dengan selamba m,emancing kat pasar, akuarium jiran mahupun zoo negara.

4) Selain daripada umpan, peralatan untuk memancing juga sangatlah penting. Tidak perlulah anda segak bergaya kerana ikan tidak akan terpengaruh dengan peralatan peribadi anda.

5) Sekali lagi, pastikan peralatan memancing itu sesua mengikut tempat. Peralatan memancing ikan dan menjerat burung adalah lain sama sekali.

6) Kena belajar erti sabar, kalau memancing dekat hutan kena gigit nyamuk sikit pun dan mencarut bagai nak rak. rentikahlah nak menunggu ikan selama berjam-jam.

7) Jika nak memancing di tengah laut, pastikan anda tidak mabuk laut tetapi kalau kat darat pun anda kaki mabuk anda memang layak dicampakkan ke dalam laut.

8) Pastikan anda kenal ikan yang naik dipacing. Ikan paus, ikan lumba-lumba, ikan goreng dan ikan sardin dalam tin tak payah la nak sibuk-sibuk anda nak pancing.

9) Pancing awek, pancing undi tidak termasuk langsung dalam kaedah memancing ikan.

Jadi cukupkan kriteria anda untuk menjadi seorang pemancing yang handalan daripada perkara di atas? Jikalau tidak cukup anda bukanlah seorang pemancing dan anda perlu jadi orang lain yer!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment: