Artikel Menarik

17 September 2013

Soalan Yang Dibalas Dengan Soalan

Memang rasa hendak bagi penampar, penerajang serta penendang sahaja apabila diajukan soalan dengan harapan dapat jawapan yang menyenangkan tetapi dapat soalan balik. Anda pun sama, termasuklah yang menulis ini.. dua kali lima sahaja. HAHA!

Semalam hang pergi mana? Aku datang rumah takdak orang pun.
Semalam? Aku pergi mana yer?

Siapa kat dalam? Aku dah lama tunggu kat luar ni.
Aku la kat dalam, siapa kat luar?

Kamu dah selesaikan kerja yang saya berikan semalam?
Semalam bos ada bagi saya kerja ker? Kerja yang mana satu yer bos?

Dah berhenti ke hujan kat luar tuh?
Hah, hujan ke? Bila hujan?

Saya tak sihat doktor, saya dayang nak ambik ubat dan mintak MC sekali?
Encik sakit ye? sakit apa? Bila mula sakit nih?

Aku dah tahao pokai sekarang nih, Bila hang nak bayar hutang aku ha?
Aku ada hutang dengan hang ke? Berapa? Ada surat hitam putih tak?

Ada hang nampak kasut futsal baru aku?
Bila hang beli? Kat mana hang letak, berapa harganya?

Kalau la hang dah jadi artis nanti, mesti hang sombong bila jumpa dengan aku kan?
Agak-agak hang la, aku jadi tak artis dan hang agak aku sombong ke?

Hampeh la hang nih, kenapa hang berjanji tak pernah ditepati?
Apasal hang marah-marah sangat ni, susah sangat ke nak tunggu??

Macam manalah aku nak masuk blog ShakRoil eWanT dia nih?
La? Tak masuk lagi ke? Takkan masuk sahaja.. baca la semua sekali!

Perkara ini memang kerap terjadi tidak kiralah di mana sahaj anda berada, harus berwaspada kerana soalan tidak pernah hilang dan akan ditanya dan ditanya tanpa rasa serba salah. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3 comments:

  1. Adatla ..manusia....peramah...hihi...

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
  2. selalu kena tegur dgn ayah sbb ni..tanya soalan , bagi soalan :p

    ReplyDelete