Artikel Menarik

17 September 2013

Tabiat Rakan Serumah

Bagi mereka yang bekerja dan tinggal berjauhan dengan keluarga pasti akan berkongsi menyewa rumah. Biasanya satu rumah maksimum enam orang maka dari situ ada enam perangai atau tabiat yang kurang menyenangkan teman seurmah yang lain. Antaranya ialah...

TAK RETI NAK MENGEMAS
Bukan tak reti tetapi pemalas. Mentang-mentang rumah sewa, sampai bersawang belakang almari, siling atau kipas pun dia tak ambil kesah.

MENGUASAI RUMAH
Macam rumah itu dia seorang menyewa. Bawak barang yang penting-penting dah la, ni habis separuh rumah tempat letak kotak barang dia. Dah macam stor la pulak.

TIDAK TOLAK ANSUR
Menyewa rumah jenis apartment yang parking kereta terhad dan perlu ada sticker tetapi tidak mahu berkongsi bila bercuti berhari-hari balik kampung.

SAMPAH
Plastik penuh sampah yang dah diikat tetapi susah sangat hendak buang ke dalam tong sampah dan terbiar sahaja hingga membusukkan satu rumah.

BAYAR SEWA LEWAT
Dah awal-awal bagi tahu sebelum tarikh akhir kena bayar duit rumah tetapi buat tak faham sahaja hingga jadi satu kerja pulak nak ingatkan setiap hendak tiba waktu membayar sewa rumah

KELUAR TIDAK KUNCI PINTU
Kalau terlupa boleh dimaafkan tetapi takkan tiap-tiap hari lupa atau dah nyanyk. Andai pencuri masuk bukan sahaja barang dia dikebas, barang teman serumah yang lain pun boleh lesap sekali tanpa sebarang berita.

SISA MAKANAN
Lepas basuh pinggan, sisa makanan itu tidak dikaut dari singki. Orang lain lak yang kena bersihkan... itu belum lagi kalau tersumbat, tidak pasal-pasal hendak kena keluar duit panggil plumber.

SELEPAS MAKANAN
Selepas makan beli ataupun di dalam pinggan mesti plastik letak berterabur dan juga jikalau didalam pinggan mesti letak di dalam singki tanpa dicuci. Dia ingat ada orang gaji di rumah ini tanpa rasa bersalah.

Banyak lagi tabiat rakan sewa serumah ini kalau anda perhatikan betul-betul. Ada sahaja yang hendak mnyalahkan orang lain padahal diri sendiri pun tak betul. Biasalah sesetengah rakan serumah merasakan mereka berkuasa tetapi tidak ada pun. Jadi tegurlah rakan serumah anda dengan sebaiknya jikalau mereka mempunyai perangai yang kurang menyenangkan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. Biasalah...tabiat manusia.....ada yang boleh berubah..ada yang tak boleh...tahan je laa.....ada yang jenis tak makan saman...
    Tingat member umah sewa msa study dulu...hikhik...

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
  2. ni mmg betul mcm2 peel..haha..tp nasib baik bdk umh sewe dlu jnis mulut laser kelakar..kalo tak betul, tegur je..sampai gelak2(tp paham2 la kn)

    ReplyDelete