Artikel Menarik

30 October 2013

Dikehendaki : Ardi Hamza Warga Indonesia


Siapa tidak kenal pembunuh pengawai Ambank serta merompak duit di dalam Ambank iaitu Ardi Hamza ataupun nama Facebooknya ialah Ardi Ode Putra Katela yang sangat dikehendaki oleh Polis Di Raja Malaysia buat masa sekarang.

Penjenayah sangat dikehendaki berikut baca berita di bawah ini.

KETUA Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menunjukkan gambar suspek, Ardi Hamza, seorang pengawal keselamatan yang dikehendaki polis berkaitan kes rompak dan bunuh di sebuah bank pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Suspek di katakan masih memiliki pump gun yang di guna kan untuk menembak mangsa..

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemui wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi Ambank cawangan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga yang ditahan.

Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dekat sini yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.

"Kita masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk menembak mati mangsa.

"Siasatan kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, bukan berasal dari Sabah tetapi dari negara jiran dan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

"Kini kita sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad pengenalan, serta dibenarkan menggunakan senjata api," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang diburu berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Macam mana penjenayah boleh menggunakan Kad Pengenalan palsu serta menjadi pengawal keselamatan di negara kita ini dengan memiliki senjata api yang snagat berbahaya buat semua rakyat Malaysia. Sepatutnya warga asing tidak perlu memiliki lesen senjata api. Kemungkinan ada silap di mana-mana.

Jikalau anda ada informasi berkenaan dengan penjenayah ini silap laporkan kepada Balai Polis berdekatan semoga penjenayah ini dibawa ke muka keadilan. Tidak kiralah warga mana sekali pun yang penting hukum tetap hukum.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment