Artikel Menarik

29 October 2013

Petunjuk Baru Suspek Perompak Ambank

Usaha untuk memburu suspek yang menembak pengawai ambank semakin cerah dengan menemukan Facebook perompak tersebut.

Berikut di bawah merupakan petikan daripada Utusan Online yang mengatakan penunjuk baharu supaya senang menangkap suspek hasil daripada gambar serta data yang diperoleh daripada Facebook serta rakan yang pernah hubungi dia di dalam Facebook.

Semoga segalanya di permudahkan dan mempercepatkan proses tangkapan serta lakukan hukuman yang dia lakukan tanpa belas kasihan serta berhati perut.

KUANTAN 29 Okt. - Polis yakin gerakan memburu suspek kes tembak seorang pegawai operasi AmBank, Rabu lalu semakin cerah berikutan penemuan beberapa petunjuk baharu termasuk laman sosial Facebook menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela yang disahkan milik lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya juga yakin suspek masih berada di dalam negara bersama selaras raifal pump-gun yang digunakan dalam kejadian itu. - UTUSAN ONLINE

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Semoga usaha Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dapat memberkas suspek yang membunuh serta merompak di Ambank tersebut dengan segera.

Mohon hukuman yang setimpal dikenakan terhadapnya kerana tidak berperi kemanusian langsung kerana membunuh seorang pengawai bank di samping melarikan duit di dalam bank tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment