Artikel Menarik

29 October 2013

Maybank2U Mempunyai Sekuriti Yang Rendah

Daripada ujian yang dilakukan menggunakan Qualys SSL Labs memperlihatkan yang mana Maybank2U mempunyak gred paling teruk berbanding yang lain.

Mengikut hasil ujian yang dilakukan, Maybank2U dikatakan menggunakan SSL2.0 yang mana dilihat sebagai salah satu teknologi lama, disamping tidak mengimplementasikan sokongan forward secrecy.

Selain Maybank2U, perkhidmatan Maybank2E juga turut menerima gred sama, dan kedua-duanya menerima gref F – gred paling teruk antara laman perbankan yang lain. Selain Maybank2U dan Maybank2E, Affin Bank juga dilihat menerima gred yang sama.

Perkara ini boleh dikatakan agak mengejutkan ramai, apatah lagi dengan perkhidmatan perbankan Maybank2U digunakan ramai pengguna seluruh negara, dan boleh dikatakan sebagai salah satu perkhidmatan perbankan atas-talian utama di negara

Dari segi laman perbankan yang baik, CIMBClicks dilihat antara yang terbaik dan menawarkan persekitaran pelayaran yang selamat kepada pengguna mereka.

-kemungkinan perlu di tingkatkan sekuriti supaya menjadi selamat dan dihindari daripada penggodam.
-aku tak berapa pasti bahawa sekuriti rendah atau tidak berbanding dengan cimb aku pernah lihat bahawa sistemnya agak bersekuriti tinggi.
-apapun programmer maybank2u apa yang mereka tahu apa yang mereka buat. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. maybank ni kejap ok kejap x.. selalu diancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu memang bahawa.. diancam dan terancam. hahaha

      Delete