Artikel Menarik

29 October 2013

Rakyat Malaysia Mengambil Lebihan Kalori Setiap Hari

Apa itu Kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengambil lebihan 500 hingga 700 kalori (kcal) sehari, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan Orang Dewasa 2003, purata rakyat Malaysia dewasa mengambil 2,500 kcal sehari, berbanding 1,500 kcal disarankan bagi wanita dan 2,000 kcal bagi lelaki.

Katanya jumlah kalori berlebihan pastinya membawa pelbagai masalah dan penyakit kronik, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kurang mengamalkan aktiviti senaman rutin.

"Pengambilan lebihan 500 kcal sehari bagi seseorang individu akan menyebabkan peningkatan berat badan sebanyak setengah hingga satu kilogram (kg) dalam masa seminggu atau dua hingga empat kg dalam masa sebulan.

"Untuk membakar 500 kcal, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal selama 50 minit atau 68 minit bagi wanita dewasa," katanya dalam sidang media mengenai buku panduan 'Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali' di sini hari ini.

Perangkaan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2005-2007 mendedahkan purata rakyat Malaysia mengambil 2,910 kcal sehari.

Ia agak tinggi berbanding negara Asean lain seperti Indonesia 2,540 kcal, Thailand (2,530), Filipina (2,520), Myanmar (2,440) dan Kemboja (2,250).
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata adalah lebih mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan daripada membakar kalori setelah memakannya.

Katanya sebagai panduan kepada orang ramai agar mengambil makanan secara berhemah terutama pada musim perayaan, kementerian itu mengeluarkan buku panduan khas.

"Buku panduan ini meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan pemakanan sihat, khususnya semasa sambutan Hari Deepavali kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah berkalori tinggi," katanya.

Betul seperti di katakan di atas kerana berat badan aku makin bertambah dengan cepat sejak dua menjak ini disebabkan aku mengambil makanan yang banyak kalori.

Jikalau aku bersenam hampir sejam tiap hari pun badan aku hanya menghapuskan beberapa ratus sahaja kalori kalau di bandingkan dengan pemakanan yang banyak kali.

Disebabkan itulah berat badan kita semakin bertambah secara mendadak jikalau makan banyak makanan yang penuh kalori tetapi tidak bergerak aktif.

Oleh itu, aku sekarang hendak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga bersenam jikalau mempunyai masa lapang iaitu pada waktu tidak bekerja untuk menurunkan berat badan ke lebih ideal.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment