Artikel Menarik

23 November 2013

10 Pulau Terpadat Di Dunia

Di dalam dunia ini terdapat beberapa pulau yang kecil sahaja tetapi penduduknya terlalu ramai menyebabkan terlalu padat disebabkan apabila penduduk ramai, pembangunan akan didirikan untuk keselesaan penduduk disitu.

10 Pulau Terpadat Di Dunia ini tersenarai di bawah ini dan anda boleh membacanya sendiri.

1) Santa Cruz Del Islote - Columbia


Jumlah penduduk : 1,247
Penduduk/km : 124,700
Pulau paling padat di dunia yang terletak di Carribean,di mana hampir semua aktiviti seperti sekolah,bermain bola sepak,kubur dan tempat kerja berlangsung di luar kepulauan ini. Pulau yang mempunyai taman rekreasi yang hanya sebesar gelanggang tennis ini tidak mempunayi bekalan elektrik dan sumber air bersih dibekalkan oleh Kapal Navy Columbia...

2) Migingo Island - Kenya ( Disputed by Uganda)


Jumlah penduduk : 400
Penduduk/km : 10,000
Pulau ini sebenarnya adalah sebuah batu yang terletak di Tasik Victoria,di mana penduduk mendirikan perkampungan nelayan di sini
Fun Fact : Ada page FB mengenai pulau ni yang mana jumlah org kenya yang 'LIKE' adalah 2x daripada jumlah pendudk di pulau ini sendiri...

3) Ap Lei Chau - Hong Kong


Jumlah penduduk : 86,782
Penduduk/km : 66,755
Fun Fact : Ap Lei Chau = Lidah Itik....sempena bentuk pulau ini...

4) Male - The Maldives


Jumlah penduduk : 103,693
Penduduk/km : 53,121
Salah satu destinasi perlancongan yang popular di Asia,Ia terkenal dengan pantainya yang cantik...

5) Ebeye Island - Marshall Island


Jumlah penduduk : 15,000
Penduduk/km : 41,677
Menjadi tempat pelarian penduduk Pulau Marshall apabila kerajan U.S mengambila keputusan untuk menggunakan pulau Marshall sebagai lokasi percubaan senjata nuklear mereka.

6) Salsette Island , Mumbai , India


Jumlah penduduk : 13,175,000
Penduduk/km : 30,217
Salah satu kawasan perumahan setinggan ( slum ) terbesar di dunia,Dharavi yang mempunyai penduduk hampir 1 juta orang.Di bahagian lain pulau ini adalah rumah kepada billionaire di mana terdapat sebuah rumah dikenali sebagai Antilla ( 400,00 kaki persegi ) sambil dikelilingi bangunan-bangunan tinggi.

7) Manhattan - New York


Jumlah penduduk : 1,585,783
Penduduk/km : 26,879
Hanya bernilai USD17 pada kurun ke-17,juga dikenali sebagai New Amsterdam

8) Ile Saint Louis - Paris , France


Jumlah penduduk : 2,465
Penduduk/km : 22,409
Mungkin antara pulau yang paling bergaya di dunia,ia adalah antara tempat mempunyai nilai hartanah antara yang tertinggi di dunia!!

9) Lilla , Essingen - Stockholm , Sweden


Jumlah penduduk : 4,647
Penduduk/km : 20,204
Pernah dikenali sebagai hub industri di Stickholm,namun sekarang dipenuhi dengan apartmen mewah..

10) Vasilyevsky Island , St. Petersburg , Russia


Jumlah penduduk : 202,650
Penduduk/km : 18,592
Pulau yang tidak asing di kalangan pelancong ini terkenal dengan aktiviti saham 'old school' dan Rostral Columns

Selepas anda perhatikan 10 Pulau Terpadat Di Dunia ini adakah anda ingin menduduki di pulau tersebut?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment