Artikel Menarik

23 November 2013

4 Tips Beli Kasut Adidas Original

Pernahkah anda tertipu ketika membeli kasut adidas di luar? Terutamanya ketika anda beli di pasar malam, uptown, downtown dan juga lain-lain kedai yang bukannya butik kasut adidas. Kekadang anda perlu tahu untuk membeli kasut adidas yang asli dan bukannya tiruan tetapi dengan harga yang mahal.

Dibawah ini aku hendak kongsikan sedikit tips untuk membeli kasut adidas yang original dan memang asli. Anda perlu lihat tips-tips di bawah ini dan kesemuanya yang aku dapat kenalpasti mempunyai 4 tips yang selalu orang melihat pada kasut adidas sebelum orang membelinya.

Tips pertama
Tengok pada ruangan 'lidah kasut' terdapat no siri.Sepasang kasut berjenama mesti ada nombor siri yang berbeza pada kedua belah (kiri dan kanan) bahagian kasut tersebut.


Tips kedua
Jahitan pada kasut original sangat teliti,kemas dan teratur.Tiada cacat cela pada kasut itu seperti uraian benang,gam atau pelekat.


Tips ketiga
Teliti bahagian kod bar di 'lidah kasut' yang ada imej piksel atau DataMatrik 2D,jika ada kodbar versi jalur lurus ia tidak asli.Rujuk gambar pada tips pertama untuk jenis original..


Tips keempat
Mulai tahun 2004, kasut adidas xde "heel tags". "heel tags" ni lebihan atau cebisan berbentuk segitiga kecil ataupun bentuk lain dikawasan label tumit. Contoh heel tag ada kat gambar bawah.


Selepas anda berpuas hati membeli kasut Adidas Original tersebut anda boleh bergaya dimana-mana sahaja tanpa rasa segan silu dan tertipu dengan harga yang mahal. Jadi kepada semua peminat tegar kasut Adidas, hati-hati yer.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment