Artikel Menarik

03 November 2013

Angkara Dendam Perut Terburai

Klang: Gara-gara dendam sesama rakan senegara, seorang lelaki warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai manakala belakang badan ditikam selain terdapat kesan tangannya dipotong, semalam.

Mayat mangsa berusia 22 tahun itu ditemui di bawah Jambatan Kota, Jalan Pos Baru, di sini, oleh orang ramai yang kebetulan melalui jalan berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan seorang lagi lelaki warga Indonesia sebelum ditikam di perut.

Malah, lelaki berkenaan turut menikam belakang badan mangsa selain tangannya mempunyai kesan seperti dipotong menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat orang awam.

Angkara dendam semua boleh berlaku, tidak kiralah warga apa sekali pun iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura atau lain-lain negara yang aku tak sebut dalam ini. Disebabkan dendam semua orang hilang akal dan waras tidak stabil dan begitu normal. Cuma di dalam fikirannya hendak bunuh dan tak mahu lihat wajah dia lagi. Jadi bahaya dendam teramat bahaya. Tenangkan hati, relaxkan minda, kosongkan jiwa. Pasti berjaya.

Kes ini aku rasakan tidak patut dendam sampai hendak tikam, bunuh, buat apa yang patut pada mangsa. Kuasa ambil nyawa orang bukan atas tangan kita tetapi Allah S.W.T.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment