Artikel Menarik

03 November 2013

Asal-Usul Nama Syarikat Terkenal

Berikut adalah senarai nama syarikat terkemuka dan bagaimana mereka boleh mendapat nama berkenaan. Agak macam pelik tetapi memang kenyataan. Mari kita baca di bawah ini supaya mendapat sedikit ilmu tentang asal-usul ini walaupun diberi secara ringkas dan padat. Semoga lepas ini anda tahu kenapa dan mengapa.

Google
Asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.

Adidas
Diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler

McDonald’s
Diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940

Nike
Diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek

Nintendo
maksud Nin-Ten ialah “Heaven blesses hard work”, manakala do itu adalah nama common yang digunakan pada akhir nama kedai di Jepun.

Starbucks
Diambil daripada nama watak Starbuck dalam novel Moby-Dick

BMW
Diambil daripada perkataan Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Factories)

Yahoo!
Dambil daripada Yet Another Hierarchical Officious Oracle.
Yahoo pada mulanya digunakan dalam buku Gulliver’s Travel yang menggambarkan seorang yang tidak kelihatan dan berpewatakan seperti manusia lain. Pengasas yahoo David Filo dan Jerry Yang pilih nama tu sebab mereka menganggap mereka adalah golongan yahoo

Xerox
Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kering.

HP 
Pengasas syarikat ini Bill Hewlett dan Dave Packard main lambung syiling nak tentukan sama ada syarikat baru mereka bernama Hewlett-Packard atau Packard-Hewlet.

Memang agak pelik asal-usul nama syarikat terkenal di dunia ini. Bunyinya agak lain tetapi lain hasilnya. Biasalah tuh, mesti terdapat beberapa masalah ataupun teknikal yang tidak sepatutnya. Macam blog aku ini juga, ShakRoil tetapi kalau orang tak reti sebut kata minyak ikan. Tak pelik macam itu. AHAH!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment