Artikel Menarik

21 November 2013

Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan


Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan

PENGENALAN
Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.

PERISIAN YANG DIPERLUKAN
Web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer(version 9 dan ke bawah) adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.

Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan,
perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan..

CAPAIAN KE SISTEM
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “e-Penyata Gaji & Laporan” yang tertera di laman web utama seperti berikut:

Isi Maklumat dan klik Daftar Masuk dan sekiranya kali pertama :

PENDAFTARAN KALI PERTAMA
Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda
diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru
Pertama Kali Mendaftar”.

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik
butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod
Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem..

klik untuk maklumat lengkap mengenai Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment