Artikel Menarik

04 November 2013

Fakta Tentang Mata Manusia

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Dibawah ini terdapat beberapa fakta yang menarik tentang mata manusia yang perlu anda ketahui supaya anda tidak ketinggalan iaitu tidak tahu mengetahui tentang mata anda sendiri.

  • Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  • Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
  • Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  • Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  • Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  • Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  • Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  • Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
  • Kajian tentang iris mata dipanggil iridology.
  • Kornea ikan yu telah digunakan dalam pembedahan mata, kerana kornea berkenaan adalah serupa dengan kornea manusia.
  • Penyebab buta nombor 1 di Amerika Syarikat adalah kencing manis. Manakala menurut kajian yang dilakukan oleh WHO penyebab utama buta di dunia adalah disebabkan oleh katarak (47.8%), glaukoma (12.3%), dan lain-lain lagi.
  • Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram bersamaan 1 ounce.
  • Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  • Kornea adalah satu-satunya tisu hidup dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang saluran darah.
  • ‘Conjunctiva’ adalah membran yang menyelaputi mata manusia.
  • Suatu ketika dahulu pelaut percaya bahawa memakai anting-anting emas dapat meningkatkan daya penglihatan mereka.
  • Satu kajian yang telah diterbitkan oleh British Journal of Ophthalmology pada tahun 2003 telah menunjukkan bahawa pemakaian tali leher yang terlalu ketat boleh meningkatkan risiko glaukoma di kalangan lelaki.
  • Manusia biasanya membaca 25% lebih perlahan di skrin komputer berbanding kertas.
  • Lelaki dapat membaca cetakan yang lebih halus berbanding wanita.
  • Semua bayi adalah buta warna apabila dilahirkan.
  • Mata bayi tidak dapat mengeluarkan air mata sehingga mereka berusia enam hingga lapan minggu.
  • Kecederaan mata akibat dariapda alat solek biasanya berpunca daripada ‘mascara wand’ (benda yang macam berus buat sapu maskara tu). Jadi berhati-hati la gadis-gadis sekalian ye icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
  • Sesetengah orang akan mula bersin jika mereka terdedah pada cahaya Matahari atau jika cahaya disuluh ke arah mata mereka.
  • Ia adalah mustahil untuk bersin dalam keadaan mata yang terbuka.
  • Ruang antara kening dipanggil Glabella
  • Untuk pengetahuan tambahan sila la perhatikan nama bahagian-bahagian mata di bawah ini
Anatomi Mata ini melabelkan setiap benda yang ada pada mata.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment