Artikel Menarik

10 November 2013

Gaun Perkahwinan Anna Baker

Pada tahun 1849, seorang gadis dari keluarga berada, Anna Baker jatuh cinta dengan seorang lelaki kelas bawahan yang bekerja sebagai pelentur besi. Bapa Anna, Ellis, enggan membenarkan Anna mengahwini lelaki tersebut, menghantar lelaki itu jauh dari kampung halaman mereka yang terletak di Altoona, Pennsylvania, dan menyebabkan Anna menjadi seorang andartu.

Anna sangat marah dengan bapanya. Dia tidak pernah jatuh cinta atau berkahwin selepas itu, menjadi seorang yang pemarah sehingga kematiannya pada tahun 1914.

Sebelum bapanya ‘membuang’ lelaki yang dicintainya, Anna telah memilih sehelai gaun yang ingin dikenakan di hari perkahwinannya dengan lelaki pilihannya. Perkahwinan itu tidak berlaku, jadi seorang wanita tempatan yang berada, Elizabeth Dysart telah memakai gaun itu di hari perkahwinannya sambil bercakap besar.

 Beberapa tahun kemudian, gaun perkahwinan itu telah diserahkan pada satu persatuan sejarah, dan mansion keluarga Baker telah ditukar menjadi sebuah muzium. Gaun perkahwinan tersebut diletakkan dalam satu kotak kaca di bilik yang sebelumnya milik Anna Baker.

Setelah kematian Anna, pelawat mendakwa terlihat gaun itu bergerak sendiri, terutamanya pada malam bulan mengambang. Gaun itu dilihat bergerak, seolah-olah seorang pengantin halimunan sedang mengayakannya di hadapan cermin, menyukai dirinya dalam gaun tersebut.

Penyiasat paranormal tidak mendapat penjelasan yang meyakinkan tentang kejadian gaun itu bergerak sendiri, walaupun ramai membuat spekulasi yang ianya digayakan oleh roh bekas bakal pengantin yang kecewa–Anna Baker–setelah mendapat semula gaun perkahwinan impiannya, akhirnya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment