Artikel Menarik

10 November 2013

Kanak-Kanak Diculik Jalani Pemeriksaan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Freddie Joseph, kanak-kanak lelaki Britain berusia setahun lapan bulan yang ditemui semula tengah Sabtu selepas diculik petang Jumaat, kini menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat perubatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan Freddie dimasukkan ke pusat perubatan itu untuk pemerhatian selama 24 jam dan kini bersama ibunya Sarah Joseph, 38, di wad pediatrik hospital berkenaan.

"Pihak hospital menjalankan prosedur pemeriksaan kesihatan biasa terhadap Freddie," katanya ketika dihubungi Bernama.

Freddie, yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa kira-kira 12.20 tengah hari.

Dalam kejadian pukul 6.10 petang itu, kanak-kanak berkenaan dilapor diculik ketika bersama ibunya minum petang di halaman rumah mereka di Jalan Terasik 7, Bangsar.

Kira-kira 18 jam selepas Freddie dilapor hilang, dia ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa dan ketika ditemui, kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih berada dalam keletihan dan kelaparan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment