Artikel Menarik

01 November 2013

Lawat Anak Dipenjara Seumur Hidup Di Taiwan


GOPENG, 31 Oktober - Hasrat seorang ibu untuk bertemu dengan anaknya yang meringkuk di penjara Taiwan selepas menjadi mangsa keldai dadah sejak tujuh tahun lalu akhirnya tercapai baru-baru ini.

Pertemuan mengharukan Halijah Abdul Rashid, 55, dengan anak keduanya, Khairul Azuan Abu Hasan, 33, yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Pusat Tahanan Taoyuan, Taiwan itu tercapai atas inisiatif Pusat Khidmat dan Aduan MCA Gopeng.

"Saya berada di Taiwan selama enam hari pada 21 Oktober hingga 26 Oktober lalu dengan ditemani tiga pemimpin MCA Gopeng.

"Tanpa bantuan mereka, tak mungkin hajat saya untuk melepaskan rindu terhadap anak tercapai kerana saya bukannya orang senang, malah tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun Mandarin," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua MCA Bahagian Gopeng, Albert Chang Chun Cheun di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Gopeng di sini semalam.

-Menjadi mangsa keldai dadah ini memang bahaya. Memang habuan dia lumayan tetapi jikalau tertangkap menyesal tak sudah.
-Kekadang kita di paksa dan kekadang kita ditipu malah diperdaya oleh penyeludupan dadah ini.
-Jadi hati-hati apabila berada di mana sahaja kerana jenayah tidak mengenal usia.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment