Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.
Menurutnya, bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, anggota polis trafik meninggalkan tempat kejadian.
Namun, setibanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, anggota polis membuka laman Facebook dan terkejut apabila terdapat status yang dipercayai ditulis lelaki berkenaan.
Entri itu tertera perkataan maki hamun kepada anggota trafik berkenaan kerana menyamannya, sekali gus menimbulkan rasa malu terhadap anggota trafik tersebut. Bertindak daripada kejadian itu, anggota trafik terbabit membuat laporan polis pada hari sama.
Tindakan:
1) Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 353 kanun keseksaan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas
2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.
3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.
No comments:
Post a Comment