Artikel Menarik

10 December 2013

KDN Sedia Sedah Siapa Syiah

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendakwa mempunyai bukti untuk menunjukkan pemimpin nombor dua PAS adalah pengikut fahaman Syiah dan sedia mendedahkannya kepada umum.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi mengemukakan bukti bersama penjelasan terperinci mengenainya.
Naib Presiden UMNO itu ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu, mendakwa pemimpin nombor dua PAS berfahaman Syiah dan memberi lampu hijau kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Jawatan nombor dua PAS pada masa ini disandang Mohamad Sabu. Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS menafikan dakwaan itu dan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan.

Ditanya mengenai penafian Timbalan Presiden PAS itu, Zahid berkata, semua perkara berkaitan dakwaannya akan dijelaskan dalam sidang media oleh Rahim dan pegawainya nanti, termasuk sama ada terdapat pemimpin politik lain yang mengikut fahaman itu.

Kenapa dia takut? Nanti kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah adalah taqiyyah iaitu berpura-pura, katanya.

Ditanya sama ada kenyataan beliau merujuk kepada Mohamad, Zahid berkata: Saya tidak pernah menyebut Mat (Mohamad) Sabu. Saya hanya menyebut (orang) nombor dua (PAS).
Zahid berkata, pihaknya akan bertindak membanteras fahaman Syiah demi keselamatan negara kerana tidak mahu perpecahan umat Islam sehingga membawa peperangan seperti mana berlaku di Iraq dan Bahrain berlaku di negara ini.

Usaha pembanterasan fahaman ini sedang dilakukan selain mengekang ajaran sesat lain seperti Tuhan Harun. Penguatkuasaan akan dijalankan JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri, katanya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment