Artikel Menarik

09 November 2013

Memang Cari Hantu Di Highland Tower

Gambar Pierre Andre menerangkan tentang memang cari hantu di Highland Tower

Pengarah filem Highland Tower, Pierre Andre mengakui pada mulanya filem tersebut hendak dijadikan sebagai dokumentari sahaja.

Tujuan utama mereka membikin Highland Tower adalah untuk mencari hantu yang dikatakan menghantui kawasan tragedi yang berlaku pada 13 Disember 1993 itu.

Walau bagaimanapun, ketika menyusun semula visual yang dirakam oleh krew penggambaran, ia lebih sesuai dijadikan sebagai naskhah filem.

Highland Tower menampilkan sebahagian besar muka baru dalam bidang lakonan seperti adik Pierre sendiri, Mikael Andre, Nizam Zaidi, Shima Anuar dan Atikah Suhaime.

“Ia pada asalnya bertujuan untuk membuat satu dokumentari. 70 peratus daripada VT yang penonton lihat adalah visual yang asal tanpa ada suntingan. Manakala, 30 peratus yang lain adalah tambahan dan lakonan semula bagi menguatkan lagi jalan cerita sebenar filem ini,” katanya memetik laporan Murai.

Sementara itu, penangan filem ini nampaknya memang benar-benar menghantui penonton apabila berlaku kejadian histeria di pawagam ketika penonton menonton wayang tersebut.

Sehubungan itu, pihak MIG juga menasihatkan kepada mereka yang lemah semangat supaya tidak menonton filem tersebut demi keselamatan mereka.

Highland Tower masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 31 Oktober lalu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment