Artikel Menarik

09 November 2013

Rekaan Perangkap Nyamuk Buatan Sendiri


Rekaan Perangkap Nyamuk Buatan Sendiri

Adakah rumah anda memerlukan sebuah perangkap nyamuk untuk mengelakkan anda kehabisan darah dan terlibat dengan sebarang penyakit seperti penyakit aedes? Jika ya, mari cuba perangkap berbentuk menarik serta ringkas yang mampu anda bina dari rumah sendiri. Malah, ia lebih menjimatkan daripada anda membeli sebotol ridsect nyamuk dipasaran dengan harga yang membuatkan anda mampu makan nasi di kedai.

Berikut di bawah ini aku hendak ajar sedikit tentang cara-cara membuat rekaan perangkap nyamuk buatan sendiri (homemade).

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air
50 gram gula perang (gula merah)
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya )
1 botol plastik 2 liter

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher.

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida. (Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.


Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah, tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam sekolah, taska, hospital, kedai, ladang, dan lain-lain.

Kalau anda kurang pasti cara yang betul untuk membuat perangkap nyamuk ini, lihat gambar di bawah ini, sebagai panduan.

Selepas ini gerenti nyamuk tiada lagi di sekitar kawasan anda. Jadi anda akan bebas aedes dan bebas denggi. Tahniah!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment