Artikel Menarik

08 November 2013

Mengesan Suspek Samun Kedai Emas

 Gambar wajah seorang teman wanita suspek utama kes samun kedai emas


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Polis hari ini mengedarkan wajah seorang wanita warga Filipina yang merupakan teman wanita suspek utama kes samun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita dikenali sebagai Norina Lamudin yang berusia 27 tahun itu mengguna kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan.

Katanya, ibu tunggal anak satu itu dipercayai menyimpan sebahagian besar barangan kemas yang disamun di kedai emas terbabit.

Nama: NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN (Filipina)

Umur: 27 Tahun

Alamat : Kampung Lambitan, Filipina.



Lanjutan daripada tangkapan ke atas suspek utama berkaitan kes ini pada 3/11/2013 jam 0730 pagi bersama rakannya seorang (L) warganegara Filipina di LCCT, Sepang. Siasatan mendapati kedua-dua lelaki ini memiliki kad pengenalan milik orang lain yang telah dipalsukan.

Berdasarkan siasatan pihak polis menunjukkan kedua-dua mereka ingin berlepas ke Sabah melalui LCCT untuk pulang ke Filipina. Pada peringkat ini, polis hanya menemui semula sebanyak 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun oleh suspek. Polis mengesyaki barang kemas tersebut telah diserahkan kepada teman wanita suspek yang dikenali dengan nama NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN, berumur 27 tahun berasal dari Lambitan, Filipina.

Sehubungan dengan itu pihak polis meminta bantuan sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita berkenaan seperti gambar yang diedar untuk tampil memberikan kerjasama atau suspek (wanita berkenaan) tampil di mana-mana balai yang berdekatan bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga memberi peringatan kepada mana-mana orang ramai, peniaga pajak gadai, kedai emas atau pembeli barang kemas yang didatangi wanita ini tampil memberi maklumat bagi membantu mengesan barang-barang kemas terbabit. Pihak polis juga memberi amaran kepada mereka yang membeli atau memiliki barang kemas tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan,iaitu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau boleh didenda.

Bagi mereka yang terbabit membeli barang kemas adalah dianggap telah menjalankan perniagaan yang merupakan harta curi di bawah kesalahan Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan selama 20 tahun dan didenda.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment