Artikel Menarik

01 November 2013

Menggigil Lihat Mayat Disangka Sampah

gambar hiasan
Shah Alam: “Saya menggigil apabila objek hitam yang disangkakan plastik sampah sebenarnya adalah mayat yang sudah kembung dan berulat,” kata seorang saksi yang menemui mayat seorang lelaki yang tersangkut di Sungai Klang berhampiran Seksyen 24, di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke Sungai Klang ditemui tersangkut di perangkap sampah sungai berkenaan kira-kira jam 4 petang sebelum dimaklumkan kepada polis.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, kebiasaannya dia akan ke Sungai Klang untuk memancing.

“Sebaik membaling mata kail saya ternampak objek hitam terapung-apung berhampiran longgokan sampah. Pada awalnya, saya tidak ambil peduli kerana sangkakan ia plastik sampah.

“Curiga dengan ‘objek’ itu, saya kemudian menghampiri tebing sebelum terhidu bau busuk yang meloyakan sebelum melihat tubuh manusia yang sudah kembung dan berulat,” katanya.

Penemuan mayat yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri turut menggemparkan penduduk kawasan perumahan berdekatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mayat lelaki terbabit ditemui tersangkut di tengah longgokan sampah.

“Hasil pemeriksaan awal, polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan keadaan belakang kepala yang berlubang serta mata diikat dengan pita hitam.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Kalau dia boleh mengigil apabila melihat mayat disangka sampah. Aku pun kalau di dalam situasi itu akan mengigil. Mana tidaknya, sudahlah berbau mayat dengan sampah. Lagi kuat baunya, ingatkan tiada apa. Sekali pergi dekat tengok mayat. Apa lagi, mesti terkejutlah. HUHU!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment