Artikel Menarik

01 November 2013

Menjanda Selepas Tiga Jam Bernikah


Ada satu kes di Balik Pulau iaitu seorang wanita tetiba menjadi janda selepas angkat nikah dalam tempoh 3 jkam sahaja. Macam ini punya kes pun ada disebabkan apa yer? Agak-agak korang disebabkan apa jadi macam ini? Banyak spekulasi yang boleh di fikirkan oleh semua orang.

Suaminya muda 2 tahun daripadanya iaitu berumur 19 dan Sasha berumur 21. Nama beliau hampir sama dengan Syasya - Macam Cantik Je! Macam Comel Je! tetapi ingat itu bukan dia OK! Nampaknya sudah lari topik. Balik ke cerita yang asal.

BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.

Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.

“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu, menurut sumber Kosmo.

“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

Jikalau berlakukan jatuh talak tiga maknanya tidak boleh rujuk balik tetapi kalau hendak kena angkat nikah lain dan dia perlu kahwin dengan orang lain dahulu dan bercerai jikalau tidak kesilapan. Harap maaf jikalau silap. Sila beri tunjuk ajar.

Diharapkan Sasha ini jangan bersedih yer. Rezeki tak nampak. Kekadang itu semua ujian paling besar di dalam hidup kita ini. Kita kena sentiasa bersabar menghadapi sebarang dugaan.

Kahwin pun boleh bercerai tambahan pula yang pasangan hebat bercinta. Lagi boleh putus cepat. HUHU!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment