Artikel Menarik

01 November 2013

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas


KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setapak, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca.

Sumber polis berkata, dengan tiba-tiba lelaki berusia 30-an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya.

Katanya, meskipun kejadian berkenaan berlaku hanya 100 meter dari pintu masuk utama pusat beli-belah itu namun disebabkan pintu berkenaan akan dibuka selepas 10 pagi, suspek melarikan diri melalui aras bawah tanah.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

-Sekarang ini pengawal keselamatan kebanyakkannya ialah warga asing? Betul atau tidak?
-Memang nampak kerja pengawal keselamatan ini ramai orang tidak mahu disebabkan gaji terlalu rendah.
-Tambahan pula di beri senjata untuk dijaga, memang rasakan diri mereka itu kuat.
-Untuk mengambil pengawal keselamatan selepas ini memerlukan tapisan yang betul dan bukan sekadar ambik sahaja kerana kes ini berlaku lagi.
-Semoga semuanya selamat dan tiada kes pembunuhan yang berlaku seperti kes di Ambank.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment