Artikel Menarik

03 November 2013

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Ditahan Di LCCT

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Khamis lalu ditahan di sebuah restoran makanan segera di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), pagi tadi.

Suspek yang dipercayai warga Filipina itu ditahan kira-kira jam 7 pagi, bersama dengan seorang rakannya yang juga seorang warga Filipina dan kedua-duanya dipercayai sedang menunggu penerbangan di terminal penerbangan itu untuk melarikan diri dari negara ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pistol yang digunakan suspek ketika melakukan rompakan turut ditemui di sebuah rumah di Pandan Jaya, di sini.

Pengawal keselamatan yang telah merompak kedai emas telah di tahan. Diharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan segera. Daripada pemerhatian aku banyak pula kes daripada pengawal keselamatan ini membuat huru-hara di negara kita ini tanpa mengikut undang-undang walhal dirinya pengawal keselamatan. Tak pelik macam tuh?

Kemungkinan banyak warga asing jadi pengawal keselamatan kerana harganya murah pula. Ditambah pula dengan kad pengenalan boleh di ciplak dengan selamber sahaja tanpa sebarang masalah. Adakah itu kelemahan sistem ataupun sebaliknya?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment