Artikel Menarik

03 November 2013

Petua Mengurangkan Kulit Berminyak

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya:

Kurangkan makanan berminyak
Kurangkan memang bagus tetapi jangan tidak makan langsung

Minum air dengan banyak setiap hari
Minum air di dalam kuantiti yang banyak dapat mencuci di dalam badan kita dan di keluarkan melalui air kencing atau peluh.

Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
Kotoran yang lekat di muka akan hilang selepas kita membasuh ataupun paling malas dengan lapkan muka secara lembut dengan kain atau tisu lembap.

Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi 'mineral oil'.
Ia merupakan salah satu faktor untuk menjaga muka berminyak.

Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
Sila semak barang solekkan anda iaitu pastikan bersih dan sesuai dengan diri anda sebelum guna.

Diharap petua / tips ini mampu mengurangkan masalah kulit berminyak anda.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment