Artikel Menarik

08 November 2013

Punca Kematian Nur Syazwani Calon SPM

Pasir Puteh – “Nur Syazwani memaklumkan dia terlalu dahaga dan meminta air daripada saya sebelum kami bersama-sama masuk ke dalam dewan peperiksaan,” kata Nik Nadhirah Mohd Zain, 17.

Dia rakan karib Nur Syazwani Arifin, 17, yang rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, di sini, semalam, berpunca daripada saluran darah ke jantung pecah.

Menurut Nik Nadhirah, dia tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan arwah mungkin dahaga atau tidak sempat bersarapan pagi.

Katanya, ketika memasuki dewan peperiksaan arwah sempat berbisik supaya menjawab dengan tenang dan yakin, menurut sumber HMetro.

“Rupa-rupanya itu pesanan terakhir daripadanya selepas kami masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment