Artikel Menarik

19 November 2013

Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui Awal Pagi Tadi

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.

Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.

"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi. - Harian Metro
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment