Artikel Menarik

19 November 2013

Bantal Dan Ruang Bilik Kotor Mampu Menyebabkan Jerawat Timbul


Anda tahu bukan benda atau peralatan tempat kotor boleh menyebabkan jerawat. Keadaan ini akan semakin parah jika anda sering meletakkan baju kotor di atas tempat tidur. Semua kotoran akan berpindah ke baju, ke bantal, lalu ke wajah anda. Bayangkan, wajah anda terkena kain bantal dan peralatan tempat berjam-jam semasa tidur. Ada berapa bakteria yang berpindah tempat ke wajah anda? Jika sarung bantal dan peralatan tempat anda tidak bersih, maka sel kulit mati akan terkumpul di wajah beserta dengan kotoran yang ada di cadar dan sarung bantal anda.

Peralatan tempat tidur dan bantal penyebab jerawat

Agar hal ini tidak menyebabkan jerawat dan kulit iritasi, cuci secara teratur sarung bantal dan peralatan tempat anda, sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Biasakan untuk meletakkan baju kotor di tempatnya, bukan di atas katil anda. Bukankah sangat sayang jika wajah sudah dibersihkan sebelum tidur tapi keadaan bantal dan tempat tidur menyebabkan wajah anda juga kembali kotor.

Jika wajah anda mudah iritasi dan tidak sesuai menggunakan kosmetik yang mengandungi minyak wangi, jadikan kurangkan penggunaan pelembut pakaian yang mengandungi minyak wangi. Parfum pelembut pakaian biasanya tajam dan membuat kulit sensitif mudah iritasi.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment