Artikel Menarik

19 November 2013

Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui Bersama Teman Wanita Di Desa Mutiara

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis.

“Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu.

“Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu,” katanya. – Harian Metro
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment