Artikel Menarik

29 November 2013

Siti Aishah Abdul Wahab Warga Malaysia Mangsa Hamba Di London

Siti Aishah Abdul Wahab warga Malaysia adalah mangsa hamba di London selama 30 tahun. Misteri kehilangannya disahkan oleh kakaknya Kamar Mautum, seorang pesara guru apabila media Malaysia menyiarkan berita mengenai seorang mangsa perhambaan di London sebagai seorang warganegara Malaysia, Siti Aisyah Abdul Wahab.

Kakaknya mengenal pasti bahawa individu tersebut adalah adiknya Siti Aisyah yang hilang sejak 30 tahun lalu dan tidak pernah pulang ke Malaysia.

Siti Aisyah didakwa merupakan pelajar cemerang dan mendapat biasiswa Komanwel di London sebelum terpengaruh dengan fahaman Komunis yang diketuai oleh Aravindan Balakrishnan dan Chanda.

Siti Aisyah bersama 3 individu wanita yang lain telah dijadikan mangsa penghambaan oleh Aravindan Balakrishnan dan Chanda selama 3 dekad.

Gambar Siti Aishah Abdul Wahab


Kronologi Kisah Siti Aishah Abdul Wahab Mangsa Hamba 30 Tahun Di London

1968: Siti Aishah Abdul Wahab merupakan pelajar cemerlang dan mendapat biasiswa Komanwel dalam bidang juru ukur bahan di London selepas tamat pengajian di Kolej Tunku Kurshiah. Siti Aisyah berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik dan mengikuti ajaran Maoist. Aktif dalam kumpulan Mahasiswa Malaysia dikenali sebagai New Malayan Youth. Turut menyertai forum Mahasiswa Malaysia dan Singapura (MASS) pimpinan Komrad Bala.

1983: Memutuskan hubungan dengan dunia luar. Memencilkan diri bersama ahli kumpulan MASS

Oktober 2013: Polis Britain mendapat laporan mengenai 3 wanita dijadikan hamba selama 30 tahun di London. Siti Aishah adalah salah seorang daripada mangsa tersebut. Mereka dikatakan disekat kebebasan oleh dua orang ketua kumpulan Maoist, yang dikenali sebagai Aravindan Balakrishnan dan Chanda.

21 November 2013: New Scotland Yard menyelamatkan tiga wanita di sebuah rumah di Lambeth, London.

23 November 2013: Polis Britain mengesahkan bahawa seorang wanita warga Malaysia adalah antara 3 wanita yang menjadi mangsa penghambaan.

26 November 2013: Berita mengenai Siti Aisyah disiarkan di media Malaysia.

27 November 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita yang ditahan sebagai hamba di London adalah seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab. Wanita yang berusia 69 tahun itu juga tidak akan diambil tindakan oleh pihak polis mengenai aktiviti lampaunya.

Tajuk Utama Di Media Akhbar Tempatan


Gambar Siti Aishah Abdul Wahab Warga Malaysia Mangsa Hamba Di London



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment