Artikel Menarik

08 November 2013

Teknik Mengawal Berat Badan

Pada zaman sekarang, keadaan persekitaran menyebabkan sukar untuk anda mengawal berat badan. Jika anda membiarkan diri dengan gaya hidup yang tidak sihat, anda akan jadi lebih cepat gemuk.

Untuk imbangi keadaan persekitaran kehidupan sekarang, berikut saya senaraikan beberapa teknik serta panduan yang berguna untuk mengawal berat badan.

Teknik pertama mengawal berat badan : Kurangkan makanan berkalori tinggi.

Ketika hendak makan, pastikan anda memilih makanan yang mempunyai bilangan kalori yang kurang. Jangan makan terlalu banyak ayam, daging, nasi, burger dan makanan segera kerana makanan jenis ini mempunyai bilangan kalori yang tinggi.

Anda perlu fokus ketika memilih makanan dan jangan biarkan keadaan persekitaran seperti kawan – kawan mempengaruhi anda untuk memilih makanan yang tidak sihat.

Teknik kedua mengawal berat badan : Makan makanan pada jumlah yang kecil.

Ketika makan tengah hari dan malam, anda makan sehingga rasa sedikit kenyang dan anda terus berhenti. Untuk masa lain pula jika anda rasa lapar, anda makan sedikit sahaja untuk pastikan diri anda sentiasa bertenaga.

Teknik ketiga mengawal berat badan : Amalkan minum air suam.

Buang perangai suka minum air bergula, air berkabonat dan minuman segera seperti kopi segera kerana minuman dari jenis – jenis ini akan menggemukkan diri anda. Apabila dahaga amalkan sikap memilih air suam. Jika ingin minum jus buah, anda buat sendiri jus buah tersebut dari buah – buahan segar.

Teknik keempat mengawal berat badan : Bergerak secara aktif.

Aktifkan fizikal anda dengan melakukan senaman dan jadi seorang yang rajin ketika menjalani kehidupan. Contoh sikap rajin adalah rajin membersihkan rumah, rajin berkebun dan rajin membasuh kereta. Sikap rajin bergerak aktif akan membantu diri anda membakar lemak – lemak secara berterusan.

Sekiranya anda amalkan teknik/panduan ini dengan kerap. Kemungkinan besar berat badan anda akan turun secara perlahan-lahan. Jangan terlampau memaksa dalam masa yang singkat tetapi jadikan amalan untuk jangka masa yang panjang dan kerap untuk melihat perbezaan yang ketara dahulu dan sekarang.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment