Artikel Menarik

11 December 2013

Anggota Polis Maut Dijangkiti Influenza A

Kuala Lumpur: Seorang kakitangan wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, disahkan maut selepas dijangkiti Influenza jenis A+ ketika dirawat di Hospital Mahkota, Melaka, pada 5 Disember lalu.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu, dikatakan mengadu tidak sihat selepas menghadiri majlis bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Melaka pada hari sama, sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Khalid ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital terbabit kira-kira jam 11.10 pagi keesokan harinya akibat jangkitan wabak berkenaan.

Katanya, berikutan kematian itu, kira-kira 300 orang kakitangan awam PDRM termasuk beliau sendiri dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan saringan di hospital atau klinik berhampiran bagi mengelak wabak merebak.

Demam serius

Mangsa dimasukkan ke hospital akibat demam serius sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian selepas dijangkiti wabak itu, katanya selepas majlis Anugerah Balai League Table (BLT) 2013, di sini, semalam.

Sementara itu, tiga kakitangan awam IPK Kedah yang turut menghadiri perjumpaan bersama Ketua Polis Negara disahkan positif mengalami simptom jangkitan Influenza A+.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan tiga individu terbabit dikuarantin untuk pemeriksaan susulan.

Hasil pemeriksaan awal dilakukan mengesahkan mereka positif jangkitan influenza itu, sebelum dikuarantin untuk beberapa hari. Bagaimanapun mereka sudah dibenarkan pulang semalam (kelmarin) selepas pemeriksaan lanjut mengesahkan mereka bebas jangkitan virus berkenaan, katanya.

Hidap penyakit tiroid

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menafikan mangsa meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1), sebaliknya disebabkan penyakit tiroid dihadapinya.

Kementerian diberitahu, mangsa meninggal dunia disebabkan penyakit tiroid dan tiada sebarang tanda H1N1 dikesan, katanya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment