Artikel Menarik

08 December 2013

bu bapa 3 Beradik Mangsa Bunuh Rayu Henti Sebar Kisah Anak Mereka


ALOR SETAR: Sepasang suami isteri meminta semua pihak berhenti daripada terus mengguris perasaan mereka dengan memainkan kisah sedih tiga anak mereka yang menjadi mangsa bunuh, di sini, hujung minggu lalu, terutama melalui laman sosial.

Permintaan itu dibuat Rusdi Rani, 38, dan isteri, Siti Aishah Ariffin, 40, untuk mengelak kisah terbabit terus menghantui mereka selepas masing-masing semakin beransur memahami situasi yang melanda keluarga mereka kira-kira seminggu lalu.
Dalam kejadian 3.45 petang 30 November lalu, mayat Nur Syafikah Nadia, 14, ditemui di kawasan sawah terbiar di Alor Senibong, di sini, sebelum mayat dua lagi adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 4, ditemui terapung di tali air Padang Petani, kira-kira 24 jam kemudian.

Ketiga-tiga mereka dilapor hilang selepas kali terakhir keluar dari rumah kira-kira jam 7.45 malam 29 November lalu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment