Artikel Menarik

01 December 2013

Contoh Hidangan Sarapan Yang Sihat Dan Ringkas


Hidangan sarapan yang sihat dan ringkas merupakan satu hidangan yang terbaik untuk memulakan hari anda dan menyebabkan anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Anda memerlukan hidangan sarapan yang lengkap supaya kelihatan hari anda kekal ceria dan bertenaga.

Dibawah ini terdapat contoh hindagan sarapan yang sihat dan ringkas yang boleh anda lakukan apabila ingin bersarapan sebelum memulakan tugas anda.

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment