Artikel Menarik

01 December 2013

Khasiat Cuka Epal

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

kiri – cuka epal; kanan – jus epal.

Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.


Cuka epal ini boleh dibuat sendiri di rumah.

Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:
1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment