Artikel Menarik

08 December 2013

Filem Biografi Nelson Mandela, 'Long Walk to Distance' Laris

Idris Elba (kanan) melakonkan watak Mandela dalam 'Long Walk To Freedom'.

PEMERGIAN mendiang Nelson Mandela pada Khamis lalu membuatkan filem biografi bekas Presiden Afrika Selatan itu, Long Walk To Freedom mendapat sambutan di negara tersebut.

Menurut penerbitnya iaitu Videovision Entertainment, Anant Singh, filem tersebut yang mula ditayangkan pada 28 November lalu mengaut keuntungan ratusan dolar terutamanya di Afrika Selatan.

"Saya telah mengunjungi beberapa panggung wayang di Afrika Selatan. ternyata kebanyakan yang menonton pulang dengan wajah yang sugul. Mereka kelihatan cukup beremosi," katanya.

Nelson Mandela

Long Walk To Freedom yang diterajui oleh Idris Elba sebagai Mandela memaparkan kisah perjuangan Mandela menentang politik aparteid sehingga dipenjara selama 27 tahun dan akhirnya menjadi presiden kulit hitam pertama di Afsel pada tahun 1994.

Filem itu ditayangkan lebih awal daripada perancangan asal iaitu pada tahun depan apabila melihatkan keadaan kesihatan Mandela yang semakin tenat.

Mandela meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment