Artikel Menarik

01 December 2013

Fizz Fairuz minta keluar dari Liga Lawak Superstar

Stesen televisyen tempatan TV3 menafikan dakwaan telah menyingkirkan pelakon Fizz Fairuz tetapi sebaliknya pelakon itu sendiri yang meminta untuk menarik diri daripada kumpulan Apa Kasih Toq (AKT).

Menurut kenyataan yang dipetik daripada sumber portal hiburan tempatan, pelakon yang juga kekasih kepada Almy Nadia itu dikatakan tidak dapat memberi sepenuhnya komitmen sepanjang terbabit program Liga Lawak Superstar (LLS).

"Semasa pihak kami memberi tawaran kepada Fizz untuk menyertai LLS, segala informasi mengenai program termasuklah tarikh jadual program telah diterangkan oleh pihak produksi kepadanya dengan jelas.

"Jadi, apabila dia bersetuju menjadi salah seorang peserta LLS, pihak kami menganggap beliau sudah bersedia memberi 100 peratus komitmen terhadap program ini daripada mula sehingga berakhirnya LLS musim pertama," kata kenyataan rasmi tersebut.

Pengumuman penarikan diri pelakon berusia 34 tahun itu diumumkan oleh pihak TV3 pada minggu lalu ketika mana program LSS berlangsung dengan menyatakan Fizz telah menarik diri daripada kumpulan (AKT) disebabkan mempunyai masalah tertentu.

Namun berbeza pula dengan kenyataan Fizz apabila mengeluarkan status di laman sosial Twitter miliknya mendakwa dirinya disingkirkan oleh pihak stesen televisyen swasta itu.

Pada masa sama, menurut kenyataan balas TV3, seperti tentera di perjanjian sekiranya jika salah seorang peserta sesebuah kumpulan tidak dapat memberi komitmen, kesemua ahli hendaklah menarik dari program lawak tersebut.

Tetapi di dalam situasi ini, pihak TV3 masih boleh bertimbang rasa dengan memberi peluang kepada Didie Alias dan Kamal Adli untuk meneruskan baki perjuangan sambil boleh mencari calon baru untuk menggantikan tempat Fizz dan selepas dipersetujui mereka telah memilih Kyle Syafiq.

"Untuk bersikap adil, pihak kami memberi peluang kepada Didie dan Kamal untuk meneruskan perjuangan mereka dan turut diberi pilihan sama ada mereka mahu terus kekal berdua atau mereka boleh memilih ahli baru daripada kalangan peserta yang sudah tersingkir awal."

Apapun, pihak TV3 mengucapkan terima kasih kepada Fizz Fairuz atas penglibatan beliau sepanjang terbabit dalam Liga Lawak Superstar dan mengalu-alukan kedatangan beliau ke studio sebagai tanda sokongan kepada kumpulannya Apa Kasih Toq di belakang tabir.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment