Artikel Menarik

02 December 2013

Lana Nordin: Dakwaan Saya Guna Ilmu Hitam Tak Masuk Akal

Pelakon kontroversi, Lana Nordin menafikan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati pelakon Johan As'ari berikutan bintang "Juvana" itu telah mengejutkan ramai apabila telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isteri dalam tempoh masa tiga hari perkenalan.

"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan.

"Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri kea rah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal," katanya kepada mStar.

Tambah Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin lagi, dia menyifatkan lamaran aktor berusia 27 tahun itu adalah jodoh daripada Allah S.W.T.

Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta selepas bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 di mana tiga hari kemudian Johan melamarnya.

Dalam pada itu, Johan percaya perubahan Lana untuk menjadi seorang wanita Islam yang baik pasti akan membuat ibunya menerima aktres berusia 33 tahun itu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment