Artikel Menarik

03 December 2013

Gambar Terkini Kuantan Dilanda Banjir

Kuantan: Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin mula dipindahkan jam 10 pagi berikutan banjir yang melanda negeri ini, awal pagi tadi.

Jalan utama menghubungkan Kuantan-Sungai Lembing terpaksa ditutup untuk semua kenderaan selepas paras air Sungai Charu melimpahi jambatan akibat hujan yang berterusan salama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan banjir, dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengawasi anggota keluarga masing-masing di samping mendengar arahan pihak berkuasa berpindah apabila diarahkan.

Hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Lembing, di sini, dinaiki air dan jalan utamanya terpaksa ditutup pagi tadi. Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan terpaksa ditutup bagi semua kenderaan kerana ditenggelami air.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif jika mahu ke Sungai Lembing. Difahamkan juga bandar Sungai Lembing turut dinaiki air namun sehingga jam 11 pagi ini tiada mangsa dipindahkan lagi.







































Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment