Artikel Menarik

11 December 2013

Isu P1 Wimax Penipu Servis Teruk Tersebar Di Internet

Isu P1 Wimax penipu servis teruk tersebar di internet. Dilaman sosial pada ketika ini memang trending dengan luahan tidak puas pengguna terhadap perkhidmatan internet P1 Wimax. Semua ini bermula apabila beberapa buah Fanpage di Facebook berkongsikan luahan tidak puas hati pengguna terhadap P1 Wimax.

Rata-rata pengguna rasa tertipu kerana servis yang dijanjikan oleh P1 Wimax tidak seindah khabar dari rupa. Berikutan itu, sebuah group “Facebook P1 Wimax Sucks” dicipta untuk berkongsikan masalah pengguna terhadap P1 Wimax. Ikuti antara salah satu kisah yang dikongsikan dibawah:


Antara Luahan Rasa Tidak Puas Hati Pengguna P1 WiMax

Assalamualaikum,

Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.

Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat pemotongan. Saya cuba mendapatkan penjelasan dari pihak P1 Wimax tetapi pelbagai helah diberi. Saya pergi semula ke Centre di Taman Daya Johor yang tidak memberi borang penamatan perkhidmatan, tetapi perkara sama juga berlaku dengan memberi saya pelbagai helah.

Saya telah membuat aduan di SKMM, pihak P1 ada membuat panggilan. Tetapi memeranjatkan saya apabila pegawai tersebut menyalahkan saya 100% dengan menyatakan saya tidak merekod perbualan antara saya dan pegawai tersebut semasa membuat penamatan perkhidmatan. Pada saya, itu bukan tanggungjawab saya tetapi lebih kepada pihak P1 Wimax.

Setelah saya TERTIPU oleh pihak P1, saya menyedari ada Page yang diwujudkan oleh mangsa P1 Wimax di facebook. Ternyata ramai yang TERTIPU oleh pihak P1 Wimax. https://www.facebook.com/groups/159121421506/

Saya memohon pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada P1 Wimax kerana mereka sehingga kini mengaut keuntungan dengan cara menipu. Kini, saya sudah terperangkap di dalam CTOS dan sudah menyusahkan saya dalam urusan pinjaman.

Pihak Berkuasa Tolong Bertindak!

Facebook P1 Wimax Sucks Dicipta Untuk Boikot P1 Wimax



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment