Artikel Menarik

02 December 2013

Longkai (2013) Full Movie - Tonton Online


Sinopsis Filem Longkai (2013)

Longkai mengisahkan geng longkai (pemandu trak tunda) yang sering berebut untuk mendapatkan pelanggan di jalan raya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussien) adalah adik-beradik yang bekerja sebagai longkai.

Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita berjiwa kental dan lasak. Dalam diam Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan Rima terhadapnya.

Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) adalah musuh kepada Eddie dan Bada sejak dulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Mojo lebih rela mati daripada bekerjasama dengan mereka. Namun, adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana dia dan Eddie menjalinkan hubungan cinta dalam diam.

Selain itu, Zarina (Erra Fazira) yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan hubungan Eddie dan Bada renggang hingga membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada secara tiba-tiba. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rima.

Mojo pula semakin hari semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga (Zul Suphian), seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam kepada geng Eddie dalam masa sama Naga juga pernah mempunyai sejarah hitam dan berdendam dengan Bada. Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada.

Filem : Longkai

Tahun : 2013

Genre : Aksi

Pelakon : Faizal Hussein, Erra Fazira, Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Dira Abu Zahar, Along Eyzendy, Mikael Andre, Zul Suphiaan, Eddy Rauf, Black Mentor dan ramai lagi.


Longkai (2013) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment