Artikel Menarik

02 December 2013

Misteri Kematian 3 Beradik: Teman Lelaki Nor Syafikah Diburu Polis

Rakyat Malaysia tertumpu kepada kisah menyayat ahti kematian 3 adik beradik secara misteri dan mengejut. Kes tersebut pada mulanya dikaitkan dengan jenayah rogol.

Polis mengatakan remaja berusia 14 tahun itu tidak dirogol. Tetapi mangsa dikatakan mati lemas. Sejam selepas remaja berusia 14 tahun itu dikebumikan, ibu bapa mangsa sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian 2 lagi anak mereka yang turut dilaporkan hilang. Tak dapat digambrakan apa perasaan mereka setelah sekali lagi di uji dengan ujian yang sangat berat

Ada misteri dengan kes jenayah ini disebabkan ;


1.Motor yang dinaiki oleh 3 adik beradik itu ditemui dalam keadaan baik dan berkunci.

2. Motor diletakkan berhampiran pondok menunggu bas.

3. Mangsa pertama ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel. Tetapi polis mengesahkan mangsa tidak dirogol. Tanda pergelutan pun takde. Kecuali pada badan mangsa ada kesan calar2. Mangsa disahkan mati akibat lemas.

4. Adik-adik mangsa yang turut mati, ditemui di dua lokasi yang berbeza.Masing-masing dijumpai di tali air. Punca kematian belum lagi didedahkan oleh polis. Tetapi kematian dua beradik ini juga mengemparkan negara selepas kakak mereka ditemui mati dengan mangsa paling kecil hanya berusia 3 tahun.

Dan terbaru Polis sedang giat memburu seorang remaja lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki Nor Syafikah Nadia Rusdi. Remaja itu diperlukan untuk membantu siasatan ke atas misteri di sebalik kematian Nor Syafikah, 14, dan adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, serta Puteri Nurul Akma, 3.

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim, remaja itu kini dipercayai berada di Arau, Perlis dan beliau yakin bahawa dia akan dijumpai dalam masa terdekat. Ahmad turut berkata polis sudah mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.


Ahmad juga mengesahkan tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah. Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.

Semoga pihak polis boleh segera menangkap sesiapa yang terbabit dalam kejadian jenayah ini. Sesungguhnya penjenayah makin menjadi-jadi. Duit gaji yang di ambil pun tak ditemui dari lokasi mangsa ditemui.



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment