Artikel Menarik

08 December 2013

Orlando Bloom Bercinta Dengan Liv Tyler

Cinta Orlando dan Liv mula terjalin selepas mereka bertemu pada sebuah pementasan teater 24 Noveber lalu.

KHABAR menggembirakan buat peminat-peminat Orlando Bloom apabila aktor tersebut dikatakan sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan Liv Tyler.

Menurut laporan portal Star Magazine, cinta pasangan itu mula terjalin selepas mereka bertemu pada sebuah pementasan teater 24 Noveber lalu.

Pertemuan ini bukanlah pertama kali buat Orlando dan Liv kerana mereka pernah bekerjasama menerusi filem Lord Of The Rings.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pasangan tersebut.

Orlando telah pun berpisah dengan Miranda Kerr sebulan lalu, namun kedua-dua mereka juga sering dilihat bersama.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment